Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

04 October 2008

Masih Lagi Tiada Mood

Tengok pada tajuk dah tiada mood untuk membaca. Bukan apa, sebenarnya hari ini adalah hari raya yang keempat (4 Syawal) dan mood untuk memulakan cerita emas ini masih lagi kurang kerana mood hari raya masih lagi kuat. Bagaimana dengan blogger-blogger yang lain? Ahh, usah hendak menipu! Anda semua masih lagi bersemangat untuk beraya dan sanggup tinggalkan blog, forum, urusniaga. Betul tak?

Cuti hanya tinggal sehari sahaja lagi. Kuih raya masih belum habis, duit raya untuk kanak-kanak masih lagi banyak, air karbonat masih ada lagi 2 katon. Takpe, akan ku bawa semuanya pergi ke kerja. Tidak sabar detik menunggu hari Isnin kerana pada hari itu lah telinga ku ini akan mendengar kemeriahan sambutan hari raya yang bakal diceritakan oleh rakan sekerjaku. Yang pasti bukan seorang dua yang akan bercerita kisah hari raya masing-masing tetapi mungkin semua sekali.. So aku dah menyediakan mp3 dengan lagu yang sedap-sedap untuk disumbatkan ke dalam telinga ku nanti. Jahatkah aku?

1 comment:

SayaBudakBaruBelajar said...

woi...ini bukan cerita emas...ini sudah cerita halim....harun salim bachik punye orang...hehehe