Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

19 October 2008

Cerita Emas Bermula


Salam blogger,

Minta maaf minta dan ampun kerana lewat untuk menceritakan tentang emas kepada anda semua sehinggakan ada yang mengatakan bahawa blog ini adalah cerita peribadi saya. Maklumlah, mood raya masa terasa dan terlalu banyak jemputan "open house" sehinggakan saya tidak mempunyai masa untuk membuat kajian bacaan berkenaan dengan emas ini.

Jadi,
Saya tidak ingin membuang masa lagi. Ayuh kita bercerita tentang emas.
Apa itu emas?

Melalui pembacaan saya emas atau gold berasal daripada makna perkataan bangsa Indo-Eropah yang membawa maksud kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya. Emas dikenali sebagai logam yang berharga. Definasi logam berharga ialah satu kumpulan logam bernilai tinggi yang sukar diperolehi terdiri dari ema, perak, platinum dan palladium.

Kenapa emas dianggap berharga?
- kerana nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah.

- Emas ialah simbol ketulenan dan bernilai tinggi.
- Sebagai kedaulatan
- simbol status dan lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara.
Kalau tak percaya, cuba kita lihat berapa ramai golongan wanita yang berlumba-lumba untuk membeli barangan kemas (sebagai hiasan) nasib golongan adam tidak boleh memakainya :)

Hieroglif Mesir (2600M) mengatakan bahawa logam emas ini digunakan secara berleluasa di zaman Mesir Purbakala. Orang Eropah telah menjelajah ke benua Amerika kerana mendengar pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru dan Columbia. Jadi pada kurun ke 19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorodo, Otago, Australia, Black Hills dan di beberapa tempat lagi.

Selepas ini saya akan sambung berkenaan dengan sifat2 utama emas...

No comments: