- simpanan emas: 100g
- jenis: 916 22K
- Harga beli: 170/g
- Tarikh belian: Julai 2011
- Ar-Rahnu: Ar-Rahnu Bank Rakyat
12 December 2011
Pengalaman membeli emas
07 December 2011
Trend Emas 2011
16 October 2009
Ramai Rakyat Korea Selatan Jual Barang Kemas
Inilah fenomena sedih yang berlaku di Korea Selatan apabila semakin ramai rakyatnya berpusu-pusu menjual barang kemas mereka di pajak gadai dan kedai emas akibat kemelesetan ekonomi yang melanda sekarang.
Malah selain mereka yang sudah berkahwin, pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga turut berjimat apabila pengantin lelaki cuma menghadiahkan sebentuk cincin kepada pasangan berbanding hantaran serba lengkap iaitu set cincin, subang dan rantai bertatahkan berlian, mutiara dan batu berharga yang diberikan sebelum ini.
Korea Selatan yang diketahui antara sekutu utama Amerika Syarikat, sememangnya merasai kesan langsung akibat krisis kewangan global. Buktinya, statistik terbaru menunjukkan pengeluaran sektor perindustrian negara itu susut 14 mata, jauh lebih tinggi daripada ramalan asal lima peratus dan menjadi catatan terburuk dalam tempoh 40 tahun.
Malah yang berlaku ketika ini membangkitkan pengalaman yang pernah dilalui rakyatnya ketika krisis kewangan 1997. Namun ketika itu, tindakan menjual barang kemas lebih kepada membantu negara, kali ini mereka terpaksa melepaskan barangan berharga itu demi memenuhi kepentingan diri sendiri.
Penganggur Korea Selatan melihat papan mengiklan pekerjaan. |
Berikutan itu, tidak hairanlah ramai rakyatnya mengunjungi pajak gadai serta pameran lelongan bagi mendapatkan penilaian percuma barang kemas mereka.
Barangan yang dijual termasuk cincin kahwin dan barangan kemas yang dihadiahkan kepada anak mereka pada ulang tahun pertama, jongkong emas serta berlian.
“Saya tidak cukup wang untuk membuka restoran dan tiada pilihan kecuali menjual cincin yang dihadiahkan ibu mentua,” kata seorang wanita berusia lebih 50 tahun.
Ketua Pegawai Operasi syarikat barang kemas Dax Diamond, Kang Seung-Gi berkata bilangan pengguna yang menyatakan hasrat menggadai cincin, rantai dan gelang mereka meningkat hampir dua kali ganda tahun ini.
“Bilangan pengguna yang mahu menggadai serta menjual barang kemas jauh melebihi mereka yang berhasrat membelinya. Mereka memilih cara itu berikutan harga emas yang agak tinggi ketika ini,” katanya.
Presiden syarikat Pagoda Jewelry , Moon Min-Soo berkata hasil jualan mereka merosot sehingga separuh berbanding dua tahun lalu.
Malah semakin ramai pasangan yang mahu berkahwin memilih cincin kecil.
“Bukan setakat itu, mereka juga tidak lagi menjadikan jam tangan mahal atau menghadiahkan barangan perak lain sebagai hantaran.”
Pensyarah jurusan perniagaan Universiti Kyonggi di Seoul, Eom Gil-cheong, berkata perkembangan itu adalah kesan langsung krisis ekonomi yang mula mencengkam negara itu.
“Keadaan ekonomi yang semakin suram itu menyebabkan semakin ramai memilih cara mudah mendapatkan wang bagi menampung keperluan.
“Ini termasuklah barang kemas yang berharga, biarpun ia mempunyai nilai tersendiri kepada pemiliknya.”
Inilah hakikat pahit yang terpaksa ditelan ramai rakyat Korea Selatan. Dan, berdasarkan perkembangan semasa, nasib malang mereka itu dijangka berterusan selagi ekonomi Korea Selatan yang sebelum ini dikenali antara gergasi sektor pembuatan Asia, terus malap.
08 September 2009
1000usd per oz?
Bagaimana puasa anda hari ini? walaupun berpuasa tidak bermakna kita tidak boleh melakukan sebarang aktiviti betul? jangan jadikan alasan berpuasa untuk tidak bergerak aktif. sepatutnya di bulan Ramadhan ini lah kita lipat gandakan usaha kita.
Ok, kali ini saya hendak membincangkan harga emas. Kalau tengok ada tajuk USD1000? Ya, jika anda lihat sejarah harga emas pada 10 tahun yang lepas di kitco.com anda akan lihat dari dahulu lagi harga emas tidak pernah menjangkau usd1000/oz tetapi kini sudah semakin hampir.
Hari ini sahaja harga emas ialah pada USD997 per oz. Bermakna hanya memerlukan peningkatan sebanyak USD3 lagi sahaja untuk mencecah USD1000. Boleh rujuk gambar di bawah
ps:/ dah dapatkan ebook Rahsia Emas?
26 August 2009
Cuba Baca Rahsia Emas ini
Bagaimana dengan emas sebagai portfolio pelaburan anda? Memang seminggu dua ini kita dapati harga emas masih dalam kadar yg sama. Turun dan naik yang tiada beza.
Kali ini saya ingin menjawab segala persoalan berkenaan dengan Emas. Ramai yang menghantar emel kepada saya menanyakan tentang bagaimana emas ini boleh menguntungkan? Sampai dah letih jari jemari saya menjawab soalan yang kebanyakannya lebih kurang sama.

JADI kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang emas ini, boleh dapati ebook yang sangat berguna. Ebook ini menerangkan bagaimana emas boleh menjana keuntungan kepada anda. Tidak perlu saya perjelaskan lebih lanjut kandungan ebook ini. Sebab saya tahu tujuan anda masuk ke laman blog saya adalah disebabkan oleh "Sifat Ingin Tahu Tentang Emas". Jadi dapatkan ebook Rahsia Emas yang ditulis oleh TeamRahsia Emas ini.
Oh ye, Jika anda membeli ebook ini melalui link Rahsia Emas Terbongkar saya ini, akan saya beri anda satu lagi ebook percuma tentang Panduan Adsense yang sangat mudah difahami.
Apa yang anda perlu buat?
- Clearkan dulu cookies pada IE atau Mozilla anda.
- Buat Pembelian melaui link ini http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=kasutgombak (pastikan anda tidak mengubah "ref" nya.)
- Hantarkan bukti pembayaran pada borang order web berkenaan dan emailkan juga kepada saya maklumat tersebut ke cekgucekgi@gmail.com
- Nama :
- Emel :
- Bukti Pembayaran "
** Selepas membuat pengesahan pembelian, saya akan email eBook-Panduan Adsense terus ke email anda **