Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

21 July 2009

Etika Emas diserbu!!

Terlihat dalam Buletin Utama tadi BNM menyerbu sebuah sykt yang menjalankan perniagaan emas. Sebuah sykt yg boleh dianggap sebagai sykt pioneer dalam industri emas ini yg menjadi ikutan banyak sykt2 lain. Tetapi apakan daya bila ada report, BNM akan membuat siasatan. Kalau tak, nnt dikatakan BNM tak buat kerja. Jadi masih lagi dalam siasatan. Kita tunggu sahaja apa kesudahannya kerana sebelum ini sebuah lagi sykt seperti etika iaitu VC Gold terlepas dari BNM dan mula beroperasi seperi biasa.

Berikut adalah petikan dari laman web Etika Emas :-

21 Julai 2009, 9 malam
Pihak Etika Emas Estet Sdn Bhd akan mengadakan kenyatan akhbar pada 22 Julai jam 3.00 petang untuk menafikan bahawa Etika Emas Estet Sdn Bhd terlibat dalam pengambilan wang deposit haram.

21 Julai 2009,8 malam
Buletin Utama telah menyiarkan berita bahawa Etika Emas Estet Sdn Bhd dipercayai telah mengambil wang deposit haram dan sedang disiasat oleh BNM dibawah Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

21 Julai 2009, 11.00 pagi
Premis Etika Emas di Holiday Villa telah didatangi oleh Unit Siasatan Khas Bank Negara diketuai oleh pegawai penyiasat Encik Aziz. Siasatan telah berlanjutan sehingga pukul 5 petang. Dalam proses ini beberapa dokumen telah diambil untuk membantu siasatan.


p/s : Kita tunggu dan lihat adakah Sykt Etika Emas ini akan lepas atau tidak dari pihak Bank Negara Malaysia.

No comments: