Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

23 July 2009

Etika Emas buat Press Conference

Selepas sahaja berita mengenai etika emas di serbu oleh pihak BNM, CEO nya iaitu En. Amin telah membuat Press Conference menafikan yang sykt menjalankan perniagaan mengambil deposit. Ini bermakna sykt yakin bahawa mereka di tempat yang betul walhal kalau kita lihat mana2 sykt yg diserbu oleh BNM akan mendiamkan diri tanpa memberi sebarang ulasan.

En. Amin menafikan yg sykt etika emas mengambil deposit dalam urus niaga emas oleh Syarikat Etika Emas Estet Sdn.Bhd tetapi mengaku mengambil deposit untuk Koperasi Etika Emas, sumber Buletin TV3 pada 22 Julai. Pihak Etika juga akan memberi kerjasama yang penuh kepada BNM dalam tempoh siasatan ini

Untuk pengetahuan semua, Etika Emas juga ada menubuhkan Koperasi mereka sendiri yang diberi nama Koperasi Etika Emas yang dibuka kepada ahli yang telah membeli emas dari pihak syarikat dia ianya bukan secara paksaan setiap ahli wajib masuk koperasi.

Memang betul ada orang dari Koperasi Etika Emas menawarkan agar saya masuk ke dalam koperasi ini dengan bayaran RM50 untuk seunit dan RM10 caj yang perlu dibayar setiap bulan. Tetapi hingga sekarang saya tak masuk lagi.

Jadi mmg mana-mana koperasi akan buat cara yang sama betul? akan ada bayaran untuk setiap ahli dan juga yuran keahlian.

Cuma sekarang ada kekeliruan dari pihak BNM dan orang ramai. Walaubagaimanapun siasatan oleh BNM tetap diteruskan dan En.Amin memberi jaminan kepada hampir 4500 pelanggan bahawa emas yang mereka beli selamat.

Boleh lihat di Harian Metro, dan Berita Harian

1 comment:

Asikin said...
This comment has been removed by the author.