Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

12 November 2008

Harga Emas Tidak Banyak Berubah

Salam Blogger,



Post saya yang terdahulu ada memberitahu tentang jangkaan harga emas. Seperti yang telah saya jangkakan, harga emas mula menjadi stabil di mana setelah lebih kurang 2 minggu kebelakangan ini (selepas Deepavali) harga emas tidak menunjukkan sebarang peningkatan mahupun penurunan yang ketara. Ianya dipengaruhi oleh harga minyak (mungkin).

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menyimpan emas sebagai koleksi, pelaburan, atau hobi bolehlah membeli emas pada masa sekarang. Apa yang saya dapat lihat dan kemungkinan besar harga emas akan berubah (menaik) secara mendadak pada akhir bulan Nov ini. Ini hanya pada pengamatan saya dan
saya mengharapkan kepada sesiapa yang pakar atau mempunyai kemahiran tentang membuat andaian harga emas ini bolehlah kita berkongsi bersama.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Walaupun emas adalah suatu yang bernilai, tetapi masih tidak dapat menandingi kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas. Wasalam.

5 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam perkenalan-Blog yang unik berkaitan emas. Disebabkan emas tidak boleh dimanipulasi, kerana itulah sistem kapitalis tidak mahu menggunakannya sebagai asas kewangan mereka.

Anonymous said...

Emas merupakan salah satu bentuk pelaburan yang boleh membawa pulangan yang baik.

http://www.asasteguh.com

azlishukri said...

betul sangat artikel ini..

Anonymous said...

emm sebab tu sepatutnya negara-negara islam bekerjasama dalam melaksanakan dinar emas...at least ekonomi umat islam stabil..kalau boleh semua negara islam guna nilai dinar emas mcm negara eropah guna euro....

Halim Azr said...

masalah kepada pemimpin yang tidak berani mencuba utk menggunakannnya.