Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

20 November 2008

Karat & Ketulenan Emas

Assalamualaikum,

APA ITU KARAT?

Biasanya kita boleh dengar perkataan karat ini pada benda-benda yang tidak berharga. Contohnya "Air dah karat", "Mak, besi ni dah karat la mak", "La, yang ko gi pijak paku ni apesal, berkarat pulak tu, dah jom gi jumpa doktor" dan yang paling tak sedap dengar "Tak nak aku dengan awek tu, nak wat ape barang dah berkarat".

Dialog di atas adalah yang biasa kita dengar berkenaan dengan perkataan karat. kebanyakan adalah negatif berkenaan dengan karat. Sebenarnya karat adalah nilai kualiti yang ditujukan untuk emas. Saya pun tidak tahu mengapa perkataan karat ini menunjukkan perkara yang negatif oleh masyarakat kita.

Jadi saya tak nak buang masa. Untuk emas, 24 Karat adalah emas paling tinggi yang dinilai. tiada 25K, 35k, atau lain. paling tinggi ialah 24K yang boleh dikatakan emas TULEN. Ayuh kita terus memahami apa itu karat.
  • Satu karat (merujuk kepada Karat di Amerika dan Jerman) asalnya satu unit kumpulan berat berdasarkan biji benih Carob yang sering digunakan di negara Timur Tengah.
  • Istilah karat berkait rapat dengan zaman silam di Mediterranean/Timur tengah, apabila karat digunakan sebagai ukuran ketulenan aloi emas.
  • Ketulenan emas kini diukur melalui ukuran ketulenan, iaitu berapa bahagian per seribu.
  • Contohnya 18 karat ialah 18k/24k daripada 1000 bahagian iaitu = 750 atau 75% ketulenan. lagi 25% adalah campuran bahan-bahan seperti tembaga, perak, brass dan titanium.
Untuk lebih mudah difahami, saya akan membuat jadual berkenaan dengan karat dan ketulenan emas pada post seterusnya. wasalam

No comments: