Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

28 September 2008

Tak Menarik@Sedap Langsung Tajuk Blog nie!!


Salam...

Saya tau bahawa blog yg saya tulis ini kurang menarik bagi anda semua, terutama golongan lelaki. Ada yang berkata "aperlaa, tulis la citer lain. Macam mana boleh berjaya ke? Ada lubang kerja yg best2 ker? boleh ke aku jadi kaya? Ini citer pasal "Emas".. buang masa aku jer nak membaca cerita emas nie." huh...

Itulah keluhan atau komen yang mungkin keluar dari hati anda. Tak ape, tak kenal maka tak cinta.

Tetapi bagi sesiapa yang berminat akan cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mesti tidak akan lupa dialog ini "Aperla, Buat lah cerita emas ker, ayam berlaga ker, ini citer pasal sambal belacan." dialog yang dilafazkan oleh sudin. Jadi, di sini lah saya terpanggil untuk menulis cerita-cerita berkenaan dengan emas.

Bagi saya sebagai "newbie" dalam penulisan blog ini adalah untuk menulis dan terus menulis serta belajar menulis dan mungkin suatu hari nanti saya memang akan bergelar seorang penulis. (sekarang ini dah boleh digelar penulis ke ek?). Walaupun apa yang kita tulis kurang diminati ramai. Bagi saya, "mendiskusi dan berkongsi ilmu" adalah yang paling penting. Sekian...

No comments: