07 December 2011
Trend Emas 2011
08 September 2009
1000usd per oz?
Bagaimana puasa anda hari ini? walaupun berpuasa tidak bermakna kita tidak boleh melakukan sebarang aktiviti betul? jangan jadikan alasan berpuasa untuk tidak bergerak aktif. sepatutnya di bulan Ramadhan ini lah kita lipat gandakan usaha kita.
Ok, kali ini saya hendak membincangkan harga emas. Kalau tengok ada tajuk USD1000? Ya, jika anda lihat sejarah harga emas pada 10 tahun yang lepas di kitco.com anda akan lihat dari dahulu lagi harga emas tidak pernah menjangkau usd1000/oz tetapi kini sudah semakin hampir.
Hari ini sahaja harga emas ialah pada USD997 per oz. Bermakna hanya memerlukan peningkatan sebanyak USD3 lagi sahaja untuk mencecah USD1000. Boleh rujuk gambar di bawah
ps:/ dah dapatkan ebook Rahsia Emas?
13 August 2009
Jadikan Emas Sebagai Portfolio Pelaburan Anda
Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.
Faktanya jelas:
* Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
* Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
* Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
* Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
* Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.
Boleh rujuk di laman web ini
17 July 2009
Dah ada E-book pasal Emas!
Salam peminat emas semua.
Harga emas semenjak 3 bulan ini menunjukkan aras yang sama di mana pergerakan yang agak perlahan. Tapi bukan itu yang saya nak cerita skrg ini. Apa yang saya nak cerita adalah berkenaan dengan E-book berkenaan dengan emas. Macam tak percaya jerk ada org yg sanggup menulis dan menjadikannya sebagai bahan ilmiah. Tahniah diucapkan kepada Sdr. Jamaluddin dan Hafiz.
Semasa saya seacrh2 kat google pasal emas tetiba sy ternampak laman web rahsia emas lalu saya klik dan ianya bukan lama web seperti mana yg saya biasa jumpa, tetapi ianya adalah Ebook!!! Ya, ebook berkenaan dengan bagaimana emas ini boleh menjadikan kita seorang jutawan. Teruja sangat bile tgk apa yg ditulis dalam laman web tersebut.
Bila ada ebook sebegini maka diharap akan membuka ramai lagi mata orang kita tentang bagaimana EMAS ini berfungsi dan boleh menyelamatkan sumber kewangan kita. Dengan harga yang agak tinggi iaitu RM70 tetapi ianya berbaloi kerana di dalam ebook ini menceritakan rahsia bagaimana dengan emas kita boleh melepasi krisis kewangan diri kita dan juga negara.
Jadi jika anda ingin menambahkan lagi ilmu ttg emas, sy syorkan sdr memiliki E-book ini. Sekian