- simpanan emas: 100g
- jenis: 916 22K
- Harga beli: 170/g
- Tarikh belian: Julai 2011
- Ar-Rahnu: Ar-Rahnu Bank Rakyat
12 December 2011
Pengalaman membeli emas
07 December 2011
Trend Emas 2011
16 October 2009
Ramai Rakyat Korea Selatan Jual Barang Kemas
Inilah fenomena sedih yang berlaku di Korea Selatan apabila semakin ramai rakyatnya berpusu-pusu menjual barang kemas mereka di pajak gadai dan kedai emas akibat kemelesetan ekonomi yang melanda sekarang.
Malah selain mereka yang sudah berkahwin, pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga turut berjimat apabila pengantin lelaki cuma menghadiahkan sebentuk cincin kepada pasangan berbanding hantaran serba lengkap iaitu set cincin, subang dan rantai bertatahkan berlian, mutiara dan batu berharga yang diberikan sebelum ini.
Korea Selatan yang diketahui antara sekutu utama Amerika Syarikat, sememangnya merasai kesan langsung akibat krisis kewangan global. Buktinya, statistik terbaru menunjukkan pengeluaran sektor perindustrian negara itu susut 14 mata, jauh lebih tinggi daripada ramalan asal lima peratus dan menjadi catatan terburuk dalam tempoh 40 tahun.
Malah yang berlaku ketika ini membangkitkan pengalaman yang pernah dilalui rakyatnya ketika krisis kewangan 1997. Namun ketika itu, tindakan menjual barang kemas lebih kepada membantu negara, kali ini mereka terpaksa melepaskan barangan berharga itu demi memenuhi kepentingan diri sendiri.
| Penganggur Korea Selatan melihat papan mengiklan pekerjaan. |
Berikutan itu, tidak hairanlah ramai rakyatnya mengunjungi pajak gadai serta pameran lelongan bagi mendapatkan penilaian percuma barang kemas mereka.
Barangan yang dijual termasuk cincin kahwin dan barangan kemas yang dihadiahkan kepada anak mereka pada ulang tahun pertama, jongkong emas serta berlian.
“Saya tidak cukup wang untuk membuka restoran dan tiada pilihan kecuali menjual cincin yang dihadiahkan ibu mentua,” kata seorang wanita berusia lebih 50 tahun.
Ketua Pegawai Operasi syarikat barang kemas Dax Diamond, Kang Seung-Gi berkata bilangan pengguna yang menyatakan hasrat menggadai cincin, rantai dan gelang mereka meningkat hampir dua kali ganda tahun ini.
“Bilangan pengguna yang mahu menggadai serta menjual barang kemas jauh melebihi mereka yang berhasrat membelinya. Mereka memilih cara itu berikutan harga emas yang agak tinggi ketika ini,” katanya.
Presiden syarikat Pagoda Jewelry , Moon Min-Soo berkata hasil jualan mereka merosot sehingga separuh berbanding dua tahun lalu.
Malah semakin ramai pasangan yang mahu berkahwin memilih cincin kecil.
“Bukan setakat itu, mereka juga tidak lagi menjadikan jam tangan mahal atau menghadiahkan barangan perak lain sebagai hantaran.”
Pensyarah jurusan perniagaan Universiti Kyonggi di Seoul, Eom Gil-cheong, berkata perkembangan itu adalah kesan langsung krisis ekonomi yang mula mencengkam negara itu.
“Keadaan ekonomi yang semakin suram itu menyebabkan semakin ramai memilih cara mudah mendapatkan wang bagi menampung keperluan.
“Ini termasuklah barang kemas yang berharga, biarpun ia mempunyai nilai tersendiri kepada pemiliknya.”
Inilah hakikat pahit yang terpaksa ditelan ramai rakyat Korea Selatan. Dan, berdasarkan perkembangan semasa, nasib malang mereka itu dijangka berterusan selagi ekonomi Korea Selatan yang sebelum ini dikenali antara gergasi sektor pembuatan Asia, terus malap.
08 September 2009
1000usd per oz?
Bagaimana puasa anda hari ini? walaupun berpuasa tidak bermakna kita tidak boleh melakukan sebarang aktiviti betul? jangan jadikan alasan berpuasa untuk tidak bergerak aktif. sepatutnya di bulan Ramadhan ini lah kita lipat gandakan usaha kita.
Ok, kali ini saya hendak membincangkan harga emas. Kalau tengok ada tajuk USD1000? Ya, jika anda lihat sejarah harga emas pada 10 tahun yang lepas di kitco.com anda akan lihat dari dahulu lagi harga emas tidak pernah menjangkau usd1000/oz tetapi kini sudah semakin hampir.
Hari ini sahaja harga emas ialah pada USD997 per oz. Bermakna hanya memerlukan peningkatan sebanyak USD3 lagi sahaja untuk mencecah USD1000. Boleh rujuk gambar di bawah
ps:/ dah dapatkan ebook Rahsia Emas?
26 August 2009
Cuba Baca Rahsia Emas ini
Bagaimana dengan emas sebagai portfolio pelaburan anda? Memang seminggu dua ini kita dapati harga emas masih dalam kadar yg sama. Turun dan naik yang tiada beza.
Kali ini saya ingin menjawab segala persoalan berkenaan dengan Emas. Ramai yang menghantar emel kepada saya menanyakan tentang bagaimana emas ini boleh menguntungkan? Sampai dah letih jari jemari saya menjawab soalan yang kebanyakannya lebih kurang sama.
JADI kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang emas ini, boleh dapati ebook yang sangat berguna. Ebook ini menerangkan bagaimana emas boleh menjana keuntungan kepada anda. Tidak perlu saya perjelaskan lebih lanjut kandungan ebook ini. Sebab saya tahu tujuan anda masuk ke laman blog saya adalah disebabkan oleh "Sifat Ingin Tahu Tentang Emas". Jadi dapatkan ebook Rahsia Emas yang ditulis oleh TeamRahsia Emas ini.
Oh ye, Jika anda membeli ebook ini melalui link Rahsia Emas Terbongkar saya ini, akan saya beri anda satu lagi ebook percuma tentang Panduan Adsense yang sangat mudah difahami.
Apa yang anda perlu buat?
- Clearkan dulu cookies pada IE atau Mozilla anda.
- Buat Pembelian melaui link ini http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=kasutgombak (pastikan anda tidak mengubah "ref" nya.)
- Hantarkan bukti pembayaran pada borang order web berkenaan dan emailkan juga kepada saya maklumat tersebut ke cekgucekgi@gmail.com
- Nama :
- Emel :
- Bukti Pembayaran "
** Selepas membuat pengesahan pembelian, saya akan email eBook-Panduan Adsense terus ke email anda **
13 August 2009
Jadikan Emas Sebagai Portfolio Pelaburan Anda
Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.
Faktanya jelas:
* Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
* Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
* Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
* Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
* Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.
Boleh rujuk di laman web ini
02 August 2009
Harga Emas Menaik
Sekian.
01 August 2009
Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?
Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! Bagaimana hendak melabur dengan emas? Lebih lanjut Tentang Rahsia Emas.
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.
Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.
Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web Rahsia Emas
Ikhlas,
Admin
23 July 2009
Etika Emas buat Press Conference
En. Amin menafikan yg sykt etika emas mengambil deposit dalam urus niaga emas oleh Syarikat Etika Emas Estet Sdn.Bhd tetapi mengaku mengambil deposit untuk Koperasi Etika Emas, sumber Buletin TV3 pada 22 Julai. Pihak Etika juga akan memberi kerjasama yang penuh kepada BNM dalam tempoh siasatan ini
Untuk pengetahuan semua, Etika Emas juga ada menubuhkan Koperasi mereka sendiri yang diberi nama Koperasi Etika Emas yang dibuka kepada ahli yang telah membeli emas dari pihak syarikat dia ianya bukan secara paksaan setiap ahli wajib masuk koperasi.
Memang betul ada orang dari Koperasi Etika Emas menawarkan agar saya masuk ke dalam koperasi ini dengan bayaran RM50 untuk seunit dan RM10 caj yang perlu dibayar setiap bulan. Tetapi hingga sekarang saya tak masuk lagi.
Jadi mmg mana-mana koperasi akan buat cara yang sama betul? akan ada bayaran untuk setiap ahli dan juga yuran keahlian.
Cuma sekarang ada kekeliruan dari pihak BNM dan orang ramai. Walaubagaimanapun siasatan oleh BNM tetap diteruskan dan En.Amin memberi jaminan kepada hampir 4500 pelanggan bahawa emas yang mereka beli selamat.
Boleh lihat di Harian Metro, dan Berita Harian
21 July 2009
Etika Emas diserbu!!
Berikut adalah petikan dari laman web Etika Emas :-
21 Julai 2009, 9 malam
Pihak Etika Emas Estet Sdn Bhd akan mengadakan kenyatan akhbar pada 22 Julai jam 3.00 petang untuk menafikan bahawa Etika Emas Estet Sdn Bhd terlibat dalam pengambilan wang deposit haram.
21 Julai 2009,8 malam
Buletin Utama telah menyiarkan berita bahawa Etika Emas Estet Sdn Bhd dipercayai telah mengambil wang deposit haram dan sedang disiasat oleh BNM dibawah Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).
21 Julai 2009, 11.00 pagi
Premis Etika Emas di Holiday Villa telah didatangi oleh Unit Siasatan Khas Bank Negara diketuai oleh pegawai penyiasat Encik Aziz. Siasatan telah berlanjutan sehingga pukul 5 petang. Dalam proses ini beberapa dokumen telah diambil untuk membantu siasatan.
p/s : Kita tunggu dan lihat adakah Sykt Etika Emas ini akan lepas atau tidak dari pihak Bank Negara Malaysia.
17 July 2009
Dah ada E-book pasal Emas!
Salam peminat emas semua.
Harga emas semenjak 3 bulan ini menunjukkan aras yang sama di mana pergerakan yang agak perlahan. Tapi bukan itu yang saya nak cerita skrg ini. Apa yang saya nak cerita adalah berkenaan dengan E-book berkenaan dengan emas. Macam tak percaya jerk ada org yg sanggup menulis dan menjadikannya sebagai bahan ilmiah. Tahniah diucapkan kepada Sdr. Jamaluddin dan Hafiz.
Semasa saya seacrh2 kat google pasal emas tetiba sy ternampak laman web rahsia emas lalu saya klik dan ianya bukan lama web seperti mana yg saya biasa jumpa, tetapi ianya adalah Ebook!!! Ya, ebook berkenaan dengan bagaimana emas ini boleh menjadikan kita seorang jutawan. Teruja sangat bile tgk apa yg ditulis dalam laman web tersebut.
Bila ada ebook sebegini maka diharap akan membuka ramai lagi mata orang kita tentang bagaimana EMAS ini berfungsi dan boleh menyelamatkan sumber kewangan kita. Dengan harga yang agak tinggi iaitu RM70 tetapi ianya berbaloi kerana di dalam ebook ini menceritakan rahsia bagaimana dengan emas kita boleh melepasi krisis kewangan diri kita dan juga negara.
Jadi jika anda ingin menambahkan lagi ilmu ttg emas, sy syorkan sdr memiliki E-book ini. Sekian
01 July 2009
Peminat Emas!!
Lamanya tak update blog nie.. mintak maaf semua kerana byk urusan yang perlu diselesaikan. so anda dah ada menyimpan emas fizikal? follow harga semasa tak? amacam? rugi ke untung?
rata-rata yg sy jumpa mengatakan menyimpan emas fizikal ini amat menguntungkan kerana tak sampai 7 bulan harga emas dah naik 20%. Wah! mmg itulah penangan emas sebenarnya. Kalau tak takkan org kata masa itu emas dan bermacam-macam lagi pepatah berkenaan dgn emas.
Jadi sy ingin mengucapkan tahniah kepada yang telah menyimpan emas dan juga yg telah membuat pelaburan dalam emas. kita cuba ubah mentaliti kita bahawa menyimpan matawang takder jaminan yang kukuh kerana ianya hanya sekeping kertas yg dicetak. Manakala emas adalah logam yg sangat berharga dikategorikan sebagai sumber yang tidak boleh diubahsuai. Bermakna kalau habis, habis la. :). Kita jumpa lagi nnt.
Setialah bersama ceritaemas.blogspot.com. sebarang komen atau cadangan dialu-alukan.
13 February 2009
Harga Emas Dijangka Naik 2009
Harga emas akan dijangka naik bagi tahun 2009 ini sehingga 20-30%. Ini kerana kedudukan matawang yang tidak stabil dan kucar-kacir.
Mengikut kata-kata pengusaha barangan kemas di Malaysia seperti CEO Poh Kong dan Habib Jewel, Harga emas akan melambung naik bagi tahun ini disebabkan permintaan yang banyak dari seluruh dunia. Sesebuah negara kini cuba mendapatkan emas dengan kadar yang banyak kerana untuk keselamatan negara mereka berikutan matawang yang tidak menentu.
Apabila sesebuah negara berebut-rebut untuk membeli emas, maka harga emas akan melonjak naik kerana ada permintaan dan juga emas ini adalah logam yang tidak boleh diperbaharui lagi. Oleh sebab itu harga juga akan meningkat. Anda boleh rujuk artikel di metro dan b.harian.
09 February 2009
Semakin banyak artikel tentang emas
Jumaat yang lepas keluar lagi di Berita Harian pula. Boleh rujuk pada laman web berita harian.
Kebelakangan ini media cuba menyedarkan kepada orang ramai tentang kepentingan emas lagi2 dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
12 January 2009
Artikel emas di Harian Metro
semenjak dua menjak ini asyik keluar cerita emas pula ya!
sedangkan dahulu kurang surat khabar ingin menceritakan tentang emas ini.
Baru-baru ini surat khabar Harian Metro (10Januari2008) pula mengeluarkan cerita tentang emas yang bertajuk "Harga Emas Naik" oleh CEO Poh Kong. Siapa tak kenal Poh Kong, kedai emas yang agak besar di Malaysia ini. Artikel ini mengatakan bahawa pada tahun 2009 harga emas akan menaik mencecah RM120-RM130 pergram..
Dikala matawang tidak menentu sekarang ini, elok benar jika kita bertukar kepada emas.
Anda boleh layari artikel tersebut di harian metro online. sekian
05 January 2009
Etika Emas Estet (Pembelian dan Penyimpanan Emas)
terlebih dahulu selamat kembali ke sekolah. Mesti kebanyakan anda yang mempunyai anak tahun 1 mengambil cuti hari ini. Bukan sahaja anak anda ghairah untuk ke sekolah tetapi anda selaku ibubapa juga teruja untuk melalui saat-saat ini lebih-lebih lagi jika di hantar itu adalah anak sulung.
Oh ye, semalam saya ada terbaca wawancara di Berita Harian (4Jan2009) berkenaan dengan pelaburan emas yang dilakukan oleh sebuah syarikat melayu. Jarang untuk kita jumpa sykt melayu yang membuat perniagaan emas ini. Walaubagaimanapun syabas saya ucapkan kepada CEO Etika Emas En. Amin Supian kerana beliau berjaya membuka mata orang melayu tentang betapa pentingnya emas berbanding nilai matawang.
Setahu saya sykt Etika Emas Estes Bhd ini kini menjual emas seberat 20g, 50g, 100g, 500g dan 1.2kg. Pembeli juga boleh mengikuti program yang ditawarkan oleh sykt Etika Emas ini dan mendapat pulangan hampir 30% setahun. Untung tu.
Kepada sesiapa yang terlepas pandang tentang artikel dan wawancara ini, anda boleh kunjungi laman web Berita Harian. Sudah banyak forum-forum yang membincangkan tentang kepentingan emas seperti topix.com, jutawanemas, carigold, nogold dan mcm2 lagi.
Sesiapa yang sudah membeli dari sykt Etika Emas ini bolehlah berkongsi pengalaman di sini ye.
p/s : saya pun dah beli dan simpan di ar rahnu 200g pada bulan 6/08 ari tu dan pelaburan ini amat berbaloi. setiap bulan mendapat pulangan. Alhamdulillah syukur. Tapi zakat jgn lupa bayar.
02 January 2009
Selamat Tahun Baru 2009
semoga anda semua sudah mempunyai azam yang baru. Sila selitkan sekali pelaburan emas sebagai azam baru anda.
Sebelum ini saya ada meramalkan bahawa harga emas akan naik pada minggu terakhir tahun 2008 tetapi ramalan saya tidak benar kerana pada akhir 2008 harga emas mencatatkan kenaikan yang tinggi.
Tetappi apabila buka sahaja tahun yang baru ini, harga emas mula menunjukkan prestasi menurun. Adakah ianya hanya sementara sahaja?
25 December 2008
Karat dan Ketulenan Emas part 2
Aduh byk benar kerja yang haru dilakukan sekarang ini. Maklumlah, dah nak habis tahun jadi banyak benda yang perlu disiapkan dengan segera.
Saya ada memberitahu kepada anda semua tentang apa itu karat dan ketulenan emas dan kali ini saya akan menerangkan lebih lengkap jenis-jenis karat untuk menilai ketulenan emas.
- Karat 24 - Ketulenan adalah 999 dan %kandungan emas 99.99% (emas tulen)
- Karat 24 - Ketulenan adalah 990 dan %kandungan emas 99.0% (Standart minima emas tulen)
- Karat 22 - Ketulenan adalah 916 dan %kandungan emas 91.6%
- Karat 21 - Ketulenan adalah 875 dan %kandungan emas 87.5%
- Karat 19.2 - Ketulenan adalah 800 dan %kandungan emas 80.0%
- Karat 18 - Ketulenan adalah 750 dan %kandungan 75.0%
- Karat 14 - Ketulenan adalah 585 dan %kandungan 58.5%
- Karat 10 - Ketulenan adalah 417 dan %kandungan 41.7%
15 December 2008
Harga emas yang semakin meningkat
Agak lama saya tidak membuat posting yang baru berkenaan dengan emas ini. Minta maaf semua kerana sekarang ini saya agak kelam-kabut sedikit disebabkan oleh kehadiran orang baru dalam keluarga (dapat anak pertama).
Jadi sekarang ini jika anda lihat pada www.kitco.com harga emas semakin meningkat dan sekali lagi ramalan saya berkenaan dengan peningkatan harga tepat. Saya bukan pakar dalam bidang ramal-meramal ini tetapi daripada pemerhatian yang telah dibuat dan dengan sedikit analisis. (Bak kata orang tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan).
Dan pada pengamatan saya untuk bulan terakhir dalam tahun 2008 ini, harga emas akan mula menunjukkan sedikit penurunan pada minggu terakhir disember 2008 ini. Mari Kita sama-sama tunggu adakah benar ramalan saya untuk kali keempat ini.
24 November 2008
Harga Emas Mula Meningkat (Jangkaan yang Tepat)
Salam blogger,
Boleh rujuk pada graf di sebelah. Seperti yang saya jangkakan pada post "Harga Emas Tidak Banyak Berubah" di situ saya ade nyatakan bahawa harga emas akan naik mendadak pada akhir bulan November.
Dan kini jangkaan saya tepat di mana pada hari ini 24 Nov harga melambung sangat tinggi. Pada sesiapa yang membuat pelaburan emas ini, ini adalah masa yang sesuai untuk menjual. Wow, banyak jugak hasilnyakan. Harga emas akan terus naik....