Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

13 February 2009

Harga Emas Dijangka Naik 2009

Salam,

Harga emas akan dijangka naik bagi tahun 2009 ini sehingga 20-30%. Ini kerana kedudukan matawang yang tidak stabil dan kucar-kacir.

Mengikut kata-kata pengusaha barangan kemas di Malaysia seperti CEO Poh Kong dan Habib Jewel, Harga emas akan melambung naik bagi tahun ini disebabkan permintaan yang banyak dari seluruh dunia. Sesebuah negara kini cuba mendapatkan emas dengan kadar yang banyak kerana untuk keselamatan negara mereka berikutan matawang yang tidak menentu.

Apabila sesebuah negara berebut-rebut untuk membeli emas, maka harga emas akan melonjak naik kerana ada permintaan dan juga emas ini adalah logam yang tidak boleh diperbaharui lagi. Oleh sebab itu harga juga akan meningkat. Anda boleh rujuk artikel di metro dan b.harian.

No comments: