Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

05 January 2009

Etika Emas Estet (Pembelian dan Penyimpanan Emas)

Salam semua,
terlebih dahulu selamat kembali ke sekolah. Mesti kebanyakan anda yang mempunyai anak tahun 1 mengambil cuti hari ini. Bukan sahaja anak anda ghairah untuk ke sekolah tetapi anda selaku ibubapa juga teruja untuk melalui saat-saat ini lebih-lebih lagi jika di hantar itu adalah anak sulung.

Oh ye, semalam saya ada terbaca wawancara di Berita Harian (4Jan2009) berkenaan dengan pelaburan emas yang dilakukan oleh sebuah syarikat melayu. Jarang untuk kita jumpa sykt melayu yang membuat perniagaan emas ini. Walaubagaimanapun syabas saya ucapkan kepada CEO Etika Emas En. Amin Supian kerana beliau berjaya membuka mata orang melayu tentang betapa pentingnya emas berbanding nilai matawang.

Setahu saya sykt Etika Emas Estes Bhd ini kini menjual emas seberat 20g, 50g, 100g, 500g dan 1.2kg. Pembeli juga boleh mengikuti program yang ditawarkan oleh sykt Etika Emas ini dan mendapat pulangan hampir 30% setahun. Untung tu.


Kepada sesiapa yang terlepas pandang tentang artikel dan wawancara ini, anda boleh kunjungi laman web Berita Harian. Sudah banyak forum-forum yang membincangkan tentang kepentingan emas seperti topix.com, jutawanemas, carigold, nogold dan mcm2 lagi.

Sesiapa yang sudah membeli dari sykt Etika Emas ini bolehlah berkongsi pengalaman di sini ye.


p/s : saya pun dah beli dan simpan di ar rahnu 200g pada bulan 6/08 ari tu dan pelaburan ini amat berbaloi. setiap bulan mendapat pulangan. Alhamdulillah syukur. Tapi zakat jgn lupa bayar.

No comments: