Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

15 December 2008

Harga emas yang semakin meningkat

Assalamualaikum semua pembaca ceritaemas blogspot,

Agak lama saya tidak membuat posting yang baru berkenaan dengan emas ini. Minta maaf semua kerana sekarang ini saya agak kelam-kabut sedikit disebabkan oleh kehadiran orang baru dalam keluarga (dapat anak pertama).

Jadi sekarang ini jika anda lihat pada www.kitco.com harga emas semakin meningkat dan sekali lagi ramalan saya berkenaan dengan peningkatan harga tepat. Saya bukan pakar dalam bidang ramal-meramal ini tetapi daripada pemerhatian yang telah dibuat dan dengan sedikit analisis. (Bak kata orang tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan).

Dan pada pengamatan saya untuk bulan terakhir dalam tahun 2008 ini, harga emas akan mula menunjukkan sedikit penurunan pada minggu terakhir disember 2008 ini. Mari Kita sama-sama tunggu adakah benar ramalan saya untuk kali keempat ini.

No comments: