Sebarang maklumbalas boleh hantar ke emel "takdehutang@gmail.com" saya

22 October 2008

Sifat Emas


Salam Peminat Emas,

Pernah anda mendengar peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam"?. Manikam bukan Menikam atau Maniam atau Menikam Maniam (Lain je bunyi tu). Nak bercerita sedikit ketika zaman sekolah dahulu ada seorang teman saya yang selalu diejek dengan peribahasa seperti di atas. Cuma telah diolah sedikit bunyinya (zaman budak-budak ni kreatif) iaitu "Hanya Johari yang mengenal Maniam luar dan dalam". Bila teringat kembali alam persekolahan terasa rindu pula dengan teman-teman.

Eh, dah lari dari topik. Sebenarnya maksud peribahasa di atas adalah sinopsis untuk saya menceritakan pasal sifat-sifat yang ada pada emas. Jadi luangkan masa sedikit untuk kita mengenal sifat-sifat yang ada pada logam bernilai ini. Tak kenal maka tak cinta

  • Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.
  • Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap.
  • Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki².
  • Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
  • Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen.
  • Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
  • Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
  • Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.
rujukan : Jutawan.org


Itu serba ringkas berkenaan dengan sifat emas. Saya akan sambung berkenaan dengan bagaimana emas ini diperolehi.. wasalam...

No comments: